Monday, July 18, 2011

ROSMAH AJAK HASILKAN FESYEN PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT


LONDON, 16 Julai (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islama (IFF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT. Disini

Saturday, July 9, 2011

Anwar x Cedera



IGP: Tak benar Anwar cedera
Jul 9, 11 7:46pm
Kongsi 1298
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH hari ini.

NONE"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.

Ismail juga menjelaskan Anwar tidak ditahan polis.

Ismail mengesahkan sebanyak 1,401 orang ditahan, termasuk beberapa "ketua kumpulan".

Mereka antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Turut ditahan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin dan anggota parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Dalam sidang media di Bukit Aman petang ini, Ismail mengambil kesempatan menafikan segala laporan negatif terhadap polis, termasuk apa yang dirujuknya sebagai "berita angin".

NONEBeliau menafikan polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Sin di Jalan Pudu.

"Itu tidak benar. Itu di luar SOP (prosedur standard) kita. Jangan dengar berita angin ini. Tidak tepat," katanya yang diasak soalan bertubi-tubi dari pemberita.

Friday, July 8, 2011

Lidah Bewak



Polis benarkan jika perhimpunan esok di luar KL – Hisham

08/07/2011 6:18pm

KUALA LUMPUR 8 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur esok.
"Kelulusan boleh diperoleh segera,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur esok.
Beliau berkata, polis telah bertindak adil dalam membuat keputusan, dan telah juga menolak permohonan daripada Pemuda UMNO dan Perkasa untuk mengadakan perhimpunan esok.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pula berkata, permohonan mendapat permit perhimpunan di sini esok tidak diluluskan.
"Saya selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak meluluskan permohonan tersebut setelah penelitian atas dasar keselamatan awam,” katanya kepada pemberita petang ini. – Bernama

Tuesday, July 5, 2011

Kah Kah Kah Kah!!!!!!..........



Sertai perarakan haram boleh jejaskan iman - mufti

05/07/2011 6:43pm

KUALA LUMPUR 5 Julai - Menyertai perarakan menentang pemerintah adalah sebaris dengan dosa-dosa besar yang boleh menjejaskan iman, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zabidi Wan Teh.
Merujuk kepada beberapa hadis, beliau menerangkan bahawa dosa akibat menderhaka kepada pemerintah diletakkan sebaris dengan syirik, membunuh, makan harta anak yatim, riba dan menderhaka kepada ibu bapa.
"Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang betul mengenai apa jua keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Zabidi berkata, Rasulullah SAW telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak.
"Dan berasaskan dalil-dalil jelas dalam Al-Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak (sepakat) mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu ke atas setiap Muslim," katanya.