
"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.
"Proses undang-undang akan memakan masa. Selepas Mahkamah Tinggi, beliau boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan dan kemudian ke Mahkamah Persekutuan dan ada juga pengampunan diraja,” kata Abdul Aziz kepada wartawan di Merlimau.
Katanya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Sekalipun, jika Mustafa dilucutkan, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

"Dewan undangan negeri Negeri Sembilan pertama kali bersidang pada 28 April 2008 dan tempohnya berakhir pada 28 April 2011,” katanya.
Semalam, Mustafa, 53, didapati bersalah atas tuduhan menerimarasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.
No comments:
Post a Comment