Thursday, October 20, 2011

Hentikan penindasan terhadap Dr Aziz Bari



Posted on Thursday, October 20 @ 08:07:21 PDT by Paktam

PETALING JAYA, – Tindakan keras kerajaan UMNO-Barisan Nasional dan pihak berkuasa Universiti Islam Antarabangsa terhadap pakar undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari membuktikan bahawa ruang kebebasan akademik di Malaysia semakin sempit dan kian tertutup.


Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata kerajaan dan UIA perlu menghentikan tekanan dan intimidasi terhadap para ilmuan Malaysia yang berbeza pendapat dengan pihak pemerintah.

Katanya, walau pun DAP tidak semestinya bersetuju dengan pendapat Dr Aziz pada setiap masa, ia adalah hak setiap rakyat di Malaysia untuk mengemukakan pandangan tentang apa-apa perkara berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi dari sudut pemikiran pakar-pakar dalam bidang berkenaan.

“Amat membimbangkan apabila Prof Dr Aziz Bari dikenakan tekanan yang teruk daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia dan UIA.

“Semua tindakan keras itu hanya berpunca daripada Dr Aziz memberikan pendapat dalam bidang yang menjadi kepakarannya iaitu Perlembagaan Malaysia dan undang-undang yang berkaitannya dengannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wednesday, October 12, 2011

Tunggu apa lagi?????????????





Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.


"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda. 

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Monday, October 10, 2011

Kenapa Rosmah Hadir Mesyuarat Tertutup Belanjawan 2011 ???


Kenapa Rosmah Hadir Mesyuarat Tertutup Belanjawan 2011 ???



PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.
Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi,Bernama pada 6 Oktober lalu.
Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.
Malah pada berita itu, nama Rosmah mendahului Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Wednesday, September 28, 2011

Program UMNO Di Kem FRU NS


 
backdrop jelas tertera program Umno dan sekeliling Markas FRU penuh bendera Umno
Ucapan Dato Ishak sungguh bersifat politik kepartian
 
Pada 26 September 2011, bertempat di Markas Polis Simpanan Persekutuan - FRU (Unit 7 PSP NS) telah diadakan satu program bersama di dengan parti politik UMNO. Pada hari tersebut bendera Umno memenuhi ruang sekitar Markas FRU dan jelas tertera logo dan nama Umno dalam pemidang dibelakang pentas. Malah ucapan Ketua Umno Bahagian Seremban penuh bersifat politik kepartian.
 
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Sembilan memandang serius perkara ini. Ini menunjukkan polis khususnya FRU sudah terjebak mengambil sikap dalam politik kepartian. Ketua Polis Negara harus tampil menyatakan pendiran dalam perkara ini. Dato’ Hj. Ishak Ismail hadir bukan sifatnya selaku mana – mana kapasiti jawatan kerajaan tetapi hadir dan berucap atas kapasiti Ketua Umno Bahagian Seremban. 
 

Sunday, August 28, 2011

Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar


Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak ingat isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

NONE
"Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos)," katanya kepada akhbar Sinar Harian.


Laporan akhbar itu ini memetik Mohamad Sabu sebagai berkata: "Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu".


Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Wednesday, August 24, 2011

Mufti Selangor: Pemerintah Malaysia Langgar Hukum Islam



Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyatakan langkah yangdiambil  Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan yang menodai undang-undang Islam negara Malaysia.
Tamyes menegaskan, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah diperlekehkan dan dinodai oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan Malaysia yang beragama Islam.
“Undang-undang Islam telah diperlekehkan dan usaha-usaha perlekehan ini terjadi dari dalam... ini yang sukar kerana Islam boleh rosak apabila ada pihak yang menodai Islam dari dalam pemerintahan.
“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang membuat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah mereka dibuat dan ini adalah satu malapetaka,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga mendokong wakil Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam sebaiknya dibatalkan saja jika Putrajaya masih berkeras dalam isu tersebut.

Tuesday, August 23, 2011

Parti Tupperware!!!!!!!!


Saiful diliwat plastik... kahkahkah...

'Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya'


Hafiz Yatim
Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saturday, August 20, 2011

Madah Pujangga dari Tok Selampit


Pembangunan ekonomi Melayu hanya tercapai jika mereka bersatu

20/08/2011 4:08pm

SHAH ALAM 20 Ogos - Perpaduan merupakan prasyarat utama yang harus dipenuhi untuk memastikan matlamat pembangunan ekonomi Melayu dapat dicapai, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin ketika berucap menutup Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera berkata, perpecahan yang berlaku kalangan masyarakat Melayu akan membantutkan usaha untuk mencapai matlamat tersebut. - Utusan

Wednesday, August 10, 2011

Makcik Ni Baru Bangun Tidur.........


Saran gerakan besar-besaran jejak orang Islam perlu bantuan

10/08/2011 5:39pm

PUTRAJAYA 10 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim hari ini menyarankan semua pihak berkaitan mengadakan gerakan besar-besaran bagi menjejaki orang Islam yang perlukan bantuan.
Beliau berkata, langkah itu amat perlu bagi mengelak orang Islam mendapatkan bantuan daripada pihak yang tidak sepatutnya.
Kejadian di sebuah gereja di Selangor serta laporan mengenai ada orang Islam mendapatkan bantuan daripada pihak gereja harus membuka mata semua pihak untuk mengambil tindakan sewajarnya, kata Mashitah kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga mengesan ada laman web khas menerusi Facebook untuk mereka yang mahu mendapatkan bantuan daripada gereja. - Bernama

Friday, August 5, 2011

UMNO Bin Bee End Merembat Harta Rakyat


Sedutan dari: http://perak.pas.org.my


Walaupun terdedah luas saham bumiputera yang hanya tinggal 2 bilion selepas terhakis sebanyak 52 bilion sejak pemerintahan BN, rakyat malaysia khususnya melayu masih cuba diyakinkan oleh media bahawa pejuang nasib mereka adalah UMNO dan BN semata-mata.

Adakah benar kebebalan rakyat dimanipulasikan oleh UMNO ataupun sebenarnya propaganda UMNO kian tidak dikemaskini sehingga masih mencanagkan jasajasa lapuk mereka sedangkan dari hari ke hari, sekian banyak keskes pengadaian hak melayu berlaku di negara ini.

Hebatnya propaganda dan perang saraf UMNO menyebabkan PAS sendri terpaksa melakukan sesuatu sebagai bukti penegasan komitmen PAS dan pakatan rakyat untuk melindungi hak bumipuetra dan Melayu dalam Konvensyen Nasional pengupayaan Bangsa pada 19 Feb 2011 yang lalu.

Di tangan UMNO juga, tanah rezab melayu menyusut dan terhakis sedikit demi sedikit. Kemana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin UMNO. Tahun 1985 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.


Tetapi mengapa masih laras senjata propaganda BN masih dihalakan kepada pentadbiran DAP di Pulau Pinang serta Pakatan Rakyat di Perak dan selangor? Paling ketara, dosa penghakisan hak melayu dan masa depan melayu di Pulau Pinang dilepaskan kepada DAP yang hanya hampir sepenggal memerintah negeri. Pulau Pinang negeri pertama haramkan judi bola, sebab itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya. Bila Pulau Pinang menjadi peneraju kepada pengharaman judi ini, UMNO banyak rugi, untuk 'election fund' (dana pilihan raya). Lebih malang dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan), beliau menyatakan mereka perlu luluskan judi bola beralasan untuk kaum Cina.

Thursday, August 4, 2011

29,290 Telah Diluluskan Oleh Tok Mudin...


JPN: Tiada rakyat asing dapat kewarganegaraan pintas

04/08/2011 2:52am


KUALA LUMPUR 4 Ogos — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa seorang rakyat asing bernama Mismah telah diberi taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap.
Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd. Said dalam kenyataan di sini berkata, mengikut rekod, Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982 dan diluluskan taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Jan 2011.

Beliau berkata, kewarganegaraan Malaysia itu diberi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu warga asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.
Jariah berkata, sejak 9 April 2009 hingga 1 Julai 2011, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menimbang sebanyak 72,334 pemohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan sebanyak 29,290 daripada jumlah itu telah diluluskan.

Angka itu merupakan sebahagian 219,000 permohonan yang telah berjaya diselesaikan kementerian itu.
Kes lain termasuk 31,449 permohonan untuk Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar. — Bernama

Monday, July 18, 2011

ROSMAH AJAK HASILKAN FESYEN PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT


LONDON, 16 Julai (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islama (IFF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT. Disini

Saturday, July 9, 2011

Anwar x Cedera



IGP: Tak benar Anwar cedera
Jul 9, 11 7:46pm
Kongsi 1298
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH hari ini.

NONE"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.

Ismail juga menjelaskan Anwar tidak ditahan polis.

Ismail mengesahkan sebanyak 1,401 orang ditahan, termasuk beberapa "ketua kumpulan".

Mereka antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Turut ditahan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin dan anggota parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Dalam sidang media di Bukit Aman petang ini, Ismail mengambil kesempatan menafikan segala laporan negatif terhadap polis, termasuk apa yang dirujuknya sebagai "berita angin".

NONEBeliau menafikan polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Sin di Jalan Pudu.

"Itu tidak benar. Itu di luar SOP (prosedur standard) kita. Jangan dengar berita angin ini. Tidak tepat," katanya yang diasak soalan bertubi-tubi dari pemberita.

Friday, July 8, 2011

Lidah Bewak



Polis benarkan jika perhimpunan esok di luar KL – Hisham

08/07/2011 6:18pm

KUALA LUMPUR 8 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur esok.
"Kelulusan boleh diperoleh segera,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur esok.
Beliau berkata, polis telah bertindak adil dalam membuat keputusan, dan telah juga menolak permohonan daripada Pemuda UMNO dan Perkasa untuk mengadakan perhimpunan esok.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pula berkata, permohonan mendapat permit perhimpunan di sini esok tidak diluluskan.
"Saya selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak meluluskan permohonan tersebut setelah penelitian atas dasar keselamatan awam,” katanya kepada pemberita petang ini. – Bernama

Tuesday, July 5, 2011

Kah Kah Kah Kah!!!!!!..........



Sertai perarakan haram boleh jejaskan iman - mufti

05/07/2011 6:43pm

KUALA LUMPUR 5 Julai - Menyertai perarakan menentang pemerintah adalah sebaris dengan dosa-dosa besar yang boleh menjejaskan iman, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zabidi Wan Teh.
Merujuk kepada beberapa hadis, beliau menerangkan bahawa dosa akibat menderhaka kepada pemerintah diletakkan sebaris dengan syirik, membunuh, makan harta anak yatim, riba dan menderhaka kepada ibu bapa.
"Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang betul mengenai apa jua keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Zabidi berkata, Rasulullah SAW telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak.
"Dan berasaskan dalil-dalil jelas dalam Al-Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak (sepakat) mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu ke atas setiap Muslim," katanya.