Wednesday, August 10, 2011

Makcik Ni Baru Bangun Tidur.........


Saran gerakan besar-besaran jejak orang Islam perlu bantuan

10/08/2011 5:39pm

PUTRAJAYA 10 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim hari ini menyarankan semua pihak berkaitan mengadakan gerakan besar-besaran bagi menjejaki orang Islam yang perlukan bantuan.
Beliau berkata, langkah itu amat perlu bagi mengelak orang Islam mendapatkan bantuan daripada pihak yang tidak sepatutnya.
Kejadian di sebuah gereja di Selangor serta laporan mengenai ada orang Islam mendapatkan bantuan daripada pihak gereja harus membuka mata semua pihak untuk mengambil tindakan sewajarnya, kata Mashitah kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga mengesan ada laman web khas menerusi Facebook untuk mereka yang mahu mendapatkan bantuan daripada gereja. - Bernama

No comments:

Post a Comment