Friday, February 11, 2011

Hijaukan UPM

Posted on the February 10th, 2011 under BeritaTempatanUnik by Syedz
Kongsi Maklumat ini di FB


AWANG (duduk empat dari kanan) bersama pelajar luar negara UPM menanam pelbagai jenis pokok seperti resak, jambu, kapur dan nangka di sekitar kawasan universiti itu.

KEPRIHATINAN Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang terhadap pemanasan global yang melanda dunia mendorong universiti berkenaan menganjurkan program menanam pokok hutan bersama pelajar antarabangsa mereka baru-baru ini.
Seawal pukul 8 pagi lagi, pelajar antarabangsa dan pihak pengurusan UPM berkumpul di Kompleks Perumahan Universiti, Tadika Islam Koputra dengan penuh semangat untuk menghijaukan universiti berkenaan.
Dalam program berkenaan sebanyak 50 batang pokok daripada pelbagai jenis seperti resak, jambu, nangka dan kapur ditanam di sekitar premis tersebut untuk memastikan UPM terus kekal sebagai kampus yang mementingkan kehijauan.

Pengarah Pusat Antarabangsa UPM, Profesor Madya Zelina Zaiton Ibrahim berkata, program berkenaan dianjurkan untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar antarabangsa dan pihak pengurusan UPM.
Justeru, program berkenaan diadakan di bahagian penginapan pelajar antarabangsa. Ia juga diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan mereka dengan pihak pengurusan UPM.
Sebagai kampus yang memberi penekanan terhadap aspek kehijauan, pihak kami sentiasa akan menerapkan kepentingan alam sekitar kepada golongan pelajar, katanya.
Beliau ditemui Kosmo! selepas merasmikan Program Penanaman Pokok oleh Pelajar Antarabangsa UPM baru-baru ini.
Hadir sama ialah Dekan Fakulti Perhutanan, Dr. Awang Noor Abd. Ghani dan Ketua Seksyen Khidmat Sokongan Antarabangsa, Jivananthan Arumugan.

No comments:

Post a Comment