BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq berjanji memotong separuh daripada gajinya dalam usaha meredakan rasa tidak puas hati rakyat negara itu terhadap isu ekonomi dan sosial dalam negara.
Ikrar Nouri al-Maliki itu dibuat dalam kenyataan pada kelmarin menjelang perdebatan bajet Iraq di parlimen.
Kata Nouri, dia akan mengurangkan 50 peratus gaji dan mengembalikannya kepada perbendaharaan negara mulai bulan ini.
Kata Nouri, dia akan mengurangkan 50 peratus gaji dan mengembalikannya kepada perbendaharaan negara mulai bulan ini.
Sebelum ini, beberapa ulama memberi amaran, Iraq juga tidak terkecuali daripada menghadapi protes besar-besaran seperti di Tunisia, Mesir dan Yaman kerana ia adalah amalan dibenarkan dalam demokrasi. Kata Nouri, langkah itu dibuat bagi mengurangkan jurang perbezaan di antara kakitangan kerajaan dengan orang awam.
Setakat ini tidak diketahui berapa nilai sebenar gaji bulanan Nouri, tetapi dia dipercayai menerima kira-kira RM1 juta setahun. – AFP
Setakat ini tidak diketahui berapa nilai sebenar gaji bulanan Nouri, tetapi dia dipercayai menerima kira-kira RM1 juta setahun. – AFP
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment