Tuesday, February 1, 2011

Malapetaka Sempena PRK DUN Tenang

Keadaan banjir di Daerah Segamat makin membimbang. Tidak nampak tanda-tanda akan surut dalam masa terdekat. Kebanyakan penduduk telah dipindahkan.

Banjir kerap terjadi pada bulan Disember. Pada tahun ini banjir melanda sempena PRK DUN Tenang. Dimana negeri-negeri lain sudah tidak kedengaran berita banjir, Negeri Johor dikejutkan dengan berita mala petaka ini.


Ibarat bersin, kalau sekali bersin itu tandanya kita sihat, tapi kalau banyak kali kita bersin, itu tandanya penyakit sedang melanda si bersin tadi. Begitu juga hujan, kalau sekali sekala hujan turun, itu tandanya rahmat dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, tapi kalau hujan turun dan membawa banjir, itu tandanya satu mala petaka, tambahan pula banjir datang sewaktu dengan PRK DUN Tenang.



Memang BN memang PRK ini, namun kemenangan ini disambut dengan malapetaka dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Semasa kempen di DUN Tenang, kita lihat bagaimana Chua Soi Lek menghina Islam, ditambah lagi dengan hinaan dan kejian yang dilafazkan oleh Ghani Othman, semua itu mengundang kemurkaan Pencipta Hukum Yang Maha Esa.

Dan kita sendiri lihat bagaimana Ghani Othman tidak bersungguh-sungguh menangani masalah banjir di Daerah Segamat ini. Sikap 'lepas tangan' beliau telah menjelaskan hipokrat beliau untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini. Mahyuddin Yassin diam seribu bahasa. Kalau di Kedah dulu, beliau lah yang paling celupar mulutnya mengatakan yang Kerajaan Negeri Kedah lepas tangan dalam menangani masalah penempatan mangsa banjir ini. Apabila Allah turunkan bala dinegeri Mahyuddin Yassin, mengapa beliau diam membisu?

Itulah, kalau Allah nak tunjukkan kuasaNya, tak perlu tunggu lama-lama. Kata-kata Mahyuddin telah mengena balik ke negerinya sendiri.

Ingatlah.........Langit tidak selalu cerah.

No comments:

Post a Comment