Friday, January 28, 2011

Nilai Sebutir 'Permata'

JUTAAN tahun lalu, batu permata telah menarik minat manusia kerana kecantikan dan misteri di sebaliknya. Sejak itu, batu-batu permata menjadi simbol kekayaan, kuasa dan cinta selain ia dikaitkan dengan zodiak.
Pada zaman purba, batu permata dipakai sebagai azimat dan tangkal untuk melindungi diri daripada kuasa-kuasa jahat dan syaitan, memelihara kesihatan malah, menjauhkan diri daripada wabak penyakit.
Terdapat tiga cara batu permata digunakan iaitu dengan meletakkan batu permata pada bahagian tubuh yang sakit, memakan batu permata yang telah menjadi serbuk dan kehadiran batu permata tersebut sahaja sudah mencukupi untuk mengubati penyakit.

Thursday, January 27, 2011

Kain Merah Dibelakang Lori Balak Mesti Ada Permit


Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah

BERNAMA

LABIS: Ramai penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka adalah menyalahi undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan, Abdul Majid Mohd Ali, berkata parti-parti politik perlu mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen, justeru tindakan pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan masing-masing adalah salah kerana tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian.

Lumrah......UMNO Guna Premis Kerajaan Malaysia Untuk Kepentingan Parti

Pas persoal lokasi pertemuan BN 



MERLIMAU - Dewan Pemuda Pas Melaka mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) Melaka menggunakan Politeknik Merlimau di sini, bagi tujuan berpolitik. 

Ketuanya, Kamaruddin Sidik berkata, tindakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya BN di Dewan Platinum politeknik berkenaan baru-baru ini, boleh dilihat sebagai menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. 

Monday, January 24, 2011

Apa Agama Yang Kamu Anuti?

Persoalan pertama nak ditanyakan kepada Ghani Othman ni ialah,"Apa agama yang kamu anuti?"

Kalau dia mengaku yang dia beragama Islam, kita kena tanya dia balik," adakah kamu seorang yang beriman?", kalau dia jawab,"ye", kita sondol lagi, "Sebutkan rukun Iman yang pertama". Jika dia menjawab dengan lancar dan fasih, "Percaya kepada Allah", kita kasi angkat ibu jari kita letak kat hidung dia, seraya berkata,"good boy".

Friday, January 21, 2011

Anak Yatim Sanjung Rosmah

Rais Yatim telah membidas pihak-pihak tertentu yang membangkitkan isu lawatan Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh. Beliau berkata, pihak-pihak ini tidak faham peruntukan peraturan yang membenarkan isteri menteri mewakili suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.

Untuk pengetahuan Rais, pihak-pihak ini mempertikaikan apa yang tidak pernah dibuat oleh isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu. Apakah keistimewaan Rosmah ini selain dari tubuh badannya yang amat montok dan gebu itu. Rakyat tak nampak keberhasilan lawatannya ke luar negara selain menghabiskan sebegitu banyak wang rakyat.

Rosmah Mansor Membantu Pakatan Rakyat

Rosmah Mansor isteri kepada Najib Razak memang terkenal dikalangan rakyat negara ini. Beliau telah mengangkat dirinya sebagai 'First Lady of Malaysia' atau FLOM. Beliau juga mempunyai pejabat serta kakitangan di Putrajaya. Jabatan yang diketuainya, dinamakan sebagai FLOM.

Beliau dilihat sering mengambilalih peranan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran. Beliau pernah menggantikan Perdana Menteri pada satu majlis di Brickfield. 'Permata' yang diwujudkannya berjaya mendapat peruntukan berjuta-juta ringgit dari Kerajaan Malaysia. Memang beliau sedang mencari permatanya yang telah lama hilang.

Monday, January 17, 2011

Normala Sudirman Calon DUN Tenang



Pakatan Rakyat telah menamakan calon bagi PRK DUN Tenang pada 16hb Jan 2011. Pn. Normala Sudirman dari PAS telah dipilih untuk memberi cabaran berhadapan dengan calon BN yang masih belum diumumkan setakat ini.

Pn. Normala Sudirman merupakan seorang bekas pendidik telah menyahut cabaran ini demi membela nasib rakyat yang akan diwakilinya.

Sunday, January 16, 2011

Bintang untuk RM

Rosmah terima darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang

16/01/2011 11:22am


KUCHING 16 Jan. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menerima darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk Amar' daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Penganugerahan darjah kebesaran itu berlangsung dalam majlis ringkas penuh istiadat di Bilik Istiadat, Astana di Petra Jaya.
Rosmah adalah penerima tunggal darjah kebesaran itu sempena ulang tahun ke-89 Yang Dipertua Negeri pada 16 Oktober tahun lepas, bagaimanapun beliau tidak dapat menghadiri upacara penganugerahan kerana ada urusan rasmi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu, menteri-menteri Kabinet negeri, ketua-ketua jabatan dan ketua kaum menghadiri upacara tersebut.
Rosmah berada di Sarawak untuk mengiringi Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi ke Sarawak selama dua hari mulai semalam. - Bernama

Thursday, January 13, 2011

Datuk Seri Kena Gantung

Gelaran ‘Datuk Seri’ kepada Dr. Khir digantung

13/01/2011 2:33pm

SHAH ALAM, 13 Jan. - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan penggantungan keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) dengan gelaran Datuk Seri yang disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

Malaysiakini & Utusan = Sama

    

Malaysiakini ternyata memiliki agenda untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Datuk Dr Hasan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor. Saya nyatakan ini berdasarkan laporan terkini portal berita itu berhubung sidang akhbar yang diadakan oleh PAS Selangor di Pusat Khidmat ADUN Gombak Setia jam 11.30 pagi tadi. Malaysiakini versi Bahasa Inggeris membawa tajuk:

Najib Nak Berjumpa Dengan Warga Kampung Baru


PM temu warga Kampung Baru 5 Februari ini

12/01/2011 9:14pm

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat beberapa pengumuman penting kepada warga Kampung Baru berhubung pembangunan kawasan majoriti Melayu itu dalam satu perjumpaan pada 5 Februari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Najib kepada beliau dalam satu pertemuan pagi ini.
"Beliau begitu menghayati perkembangan di Kampung Baru, dan bercadang hendak turun dalam satu program di Masjid Jamek dan kemungkinan di tempat-tempat yang lain dan beliau akan umum beberapa perkara untuk Kampung Baru pada masa itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ulang tahun ke-111 Kampung Baru dan Pameran 3 Alam Kampung Baru, di sini hari ini.

Wednesday, January 12, 2011

Anwar Cabar Najib Untuk Berdebat

Dipetik dari Sinar Harian


Anwar mahu debat terbuka

PETALING JAYA – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka berkenaan isu Program 100 Hari Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa akan memufliskan negara. 

Menurutnya, beliau bersedia pada bila-bila masa di mana sahaja dan sebolehnya diadakan dalam masa terdekat kerana isu ini melibatkan kepentingan bersama dan biarkan rakyat yang membuat keputusan. 

Monday, January 10, 2011

Guru Kena Lanyak



UMCO memang makin terdesak, Mereka menggunakan seluruh jentera kerajaan di DUN Tenang untuk menang. Sememangnya seluruh dunia tahu yang UMCO sentiasa membuli kakitangan kerajaan untuk menjadi hamba sahayanya. Oleh itu ahli UMCO tak perlu kerja keras untuk menang pilihanraya, cukup sekadar kakitangan kerajaan mengambil alih tugas ahli UMCO itu.

Sunday, January 9, 2011

Biadap


http://briged-akhdor.blogspot.com/2011/01/awang-selamat-penulis-radikal-perkauman.html

Harga Minyak Turun Pada Harga Asal


Harga minyak diturun semula

ISLAMABAD 7 Jan. – Perdana Menteri Pakistan yang bermasalah, Yousuf Raza Gilani tunduk kepada tekanan politik dan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam.

Tindakan itu diambil bagi menghalang kerajaan pimpinannya yang goyah daripada tumbang.

“Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama.

“Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga pada 31 Disember lalu, iaitu sebelum kenaikan berlaku,” katanya.


Sejak enam hari lalu, harga diesel dan petrol di negara ini meningkat antara sembilan hingga 5.6 peratus dan menjadi satu daripada 11 pakej pembaharuan yang dituntut oleh ketua pembangkang utama, Nawaz Sharif dengan memberi tempoh 72 jam kepada kerajaan untuk menjawab pada Selasa lalu.

Nawaz kemudiannya memanjangkan tempoh yang mengancam untuk menyingkirkan parti pemerintah dari kerajaan di wilayah Punjab itu bermula selepas tempoh tiga hari berkabung atas kematian ahli politik liberal Pakistan, Salman Taseer yang ditembak mati pada hari sama.

Parti kecil dalam gabungan kerajaan, Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) turut menyatakan kenaikan harga bahan api itu sebagai alasannya untuk keluar daripada kerajaan Ahad lalu, sekali gus akan merosakkan majoriti parti pemerintah dan meningkatkan kebimbangan berlaku pilihan raya awal.

Negara sekutu Pakistan di Barat bimbang dengan sebarang prospek yang akan menambahkan lagi ketidakstabilan di negara ini ketika kegawatan ekonomi, sementara AS meningkatkan tekanan supaya Islamabad perlu melakukan lebih banyak usaha memerangi al-Qaeda dan Taliban.

Namun Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, ia adalah satu ‘kesilapan’ kepada Pakistan untuk menarik balik kenaikan harga bahan api itu yang disifatkan ‘bertindak kebelakang’ dalam usaha meningkatkan ekonomi negara itu yang semakin tenat.

“Kami percaya kerajaan Pakistan perlu memperbaharui undang-undang dan peraturan ekonominya, termasuk yang melibatkan bahan bakar dan kos pentadbirannya,” kata Hillary kepada wartawan.

Sehingga semalam, masih tidak nampak tanda-tanda Gilani akan tunduk dengan tuntutan Nawaz atau MQM yang lain-lain. – AFP

Friday, January 7, 2011




Wakil ayahanda-ayahanda dari sembilan daerah Negeri Selangor mahu supaya ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei dinyahkan dari Negeri Selangor. Menurut wakilnya Mohd Kamal Shahlan, beliau meminta Shuhaimi menutup mulut dari mempertikaikan titah Sultan Selangor.


Thursday, January 6, 2011

12 Tahun Sembunyi Pembohongan

Semuanya berpunca dari Tan Sri Abdul Ghani Patail:

  1. Pembohongan Ijian DNA Anwar Ibrahim
  2. Pembohongan dalam kes "mata lebam' Anwar Ibrahim
  3. Penyelewengan dan maklumat palsu oleh Menteri Dalam negeri dan juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika memberi kenyataan dalam Parlimen.
Habis semua rakyat kena bohong angkara Gani Patail sebagaimana yang didedahkan oleh bekas pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam.

Beliau mengambil tarikh 5hb Januari untuk menulis surat terbuka kepada Peguam Cara negara bersempena dengan tarikh permulaan pembohongan awam yang berlaku angkara Gani Patail. Sila baca kat sini. untuk cerita asalnya

2 Dari 3 Hakim Masuk Neraka



“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)


Kehakiman adalah institusi yang mulia dan juga penuh dengan risiko. Mulia kerana ia bertujuan mewujudkan ketenteraman dan keadilan di dalam masyarakat. Berisiko sebab di dunia ia akan berhadapan dengan mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusannya, sedangkan di akhirat diancam dengan neraka jika tidak menetapkan keputusan sesuai dengan yang seharusnya.

Keluar Dari Persembunyian



Oleh: Pria Malaya
Selepas 14 hari berita panas yang mengaitkan seorang menteri dalam kabinet Najib mencabul pembantu rumahnya warga Indonesia, hari ini yang tertuduh, Rais Yatim akhirnya ‘keluar dari persembunyian’, beliau seterusnya menafikan berita yg mengaitkannya dgn kes tersebut dalam satu kenyataannya hari ini.