Monday, January 10, 2011
Guru Kena Lanyak
UMCO memang makin terdesak, Mereka menggunakan seluruh jentera kerajaan di DUN Tenang untuk menang. Sememangnya seluruh dunia tahu yang UMCO sentiasa membuli kakitangan kerajaan untuk menjadi hamba sahayanya. Oleh itu ahli UMCO tak perlu kerja keras untuk menang pilihanraya, cukup sekadar kakitangan kerajaan mengambil alih tugas ahli UMCO itu.
Terbaru, sempena PRK DUN Tenang, guru-guru sekolah di bawah seliaan PPD Segamat telah diarahkan supaya pergi ke rumah ibubapa murid-murid sekolah untuk menyiasat kecenderungan ibubapa tersebut sama ada BN atau PAS atau atas pagar dsbnya.
Timbalan Menteri seolah-olah mengakui kewujudan senario ini dan menyokong usaha JPN Johor bagi membantu jentera UMCO. Sebelum ini beliau jugak yang menegaskan supaya kakitangan kerajaan tidak terlibat dalam kempen ini.
Itulah budaya UMCO. Mereka menggunakan semau-maunya tenaga kakitangan kerajaan agar dapat memenangi DUN Tenang ini. Sikap UMCO yang tidak gentlemen ini amat memualkan.
Tapi ingat........ tak semua kakitangan kerajaan boleh digula-gulakan. Tahun 70'an boleh la, sebab masa tu mereka kurang cerdik. Sekarang lain........
Selamat berjumpa di DUN Tenang......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment