Pakatan Rakyat telah menamakan calon bagi PRK DUN Tenang pada 16hb Jan 2011. Pn. Normala Sudirman dari PAS telah dipilih untuk memberi cabaran berhadapan dengan calon BN yang masih belum diumumkan setakat ini.
Pn. Normala Sudirman merupakan seorang bekas pendidik telah menyahut cabaran ini demi membela nasib rakyat yang akan diwakilinya.
Potensi untuk menang amatlah cerah memandangkan beliau merupakan seorang bekas pendidik dan selayaknyalah beliau mewakili rakyat Tenang ke Dewan Undangan Negeri Johor untuk membawa satu inspirasi dan pembaharuan bagi rakyat Tenang.
Bagi warga pendidik Daerah Segamat, ini merupakan satu anugerah dan penghormatan kerana PAS telah memberi kepercayaan dan keyakinan kepada warga pendidik untuk menjadi calon pada PRK ini.
Sesungguhnya sekitar 80% ke 90% undi dari warga pendidik dapat diraihkan oleh PAS pada pilihanraya kecil ini. Ini juga dapat membalas rasa ketidakpuashatian warga pendidik terhadap Pengarah Pendidikan Johor yang mengarahkan supaya guru-guru membantu culaan bagi pihak BN.
Besarlah harapan rakyat Tenang agar kali ini kemenangan berada pada pihak Pakatan Rakyat. Telah sekian lama mereka duduk dibawah wakil rakyat BN, namun hasilnya masih tidak berubah.
Insya Allah jika dikurniakan kemenangan buat Pn. Normala Sudirman ini, Negeri Johor akan lebih peka dan sedar akan permasalahan akar umbi yang menderita selama ini.
Akhir sekali diucapkan kepada semua warga Tenang, "Selamat Mengundi" dan tentukan supaya kemenangan Pn. Normala Sudirman menjadi kenyataan.
"SELAMAT BERJUANG"
No comments:
Post a Comment