Untuk pengetahuan Rais, pihak-pihak ini mempertikaikan apa yang tidak pernah dibuat oleh isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu. Apakah keistimewaan Rosmah ini selain dari tubuh badannya yang amat montok dan gebu itu. Rakyat tak nampak keberhasilan lawatannya ke luar negara selain menghabiskan sebegitu banyak wang rakyat.
Dalam keadaan negara yang ekonominya yang tak memberangsangkan dengan kenaikan harga barang keperluan, bahan bakar dan lain-lain, sepatutnya Rosmah tidak sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat untuk berseronok di luar negara sana. Memang beliau tidak perlu ke luar negara walau atas apa alasan sekali pun kecuali mengikut Najib atas lawatan rasmi.
Untuk apa Rais mempertahankan Rosmah, sedangkan banyak pemimpin politik dan anggota kerajaan mempertikaikan lawatan tersebut? Atau Rais ada agenda-agenda tertentu?
Mana mungkin Rosmah mendapat layanan sebegitu istimewa berbanding isteri-isteri Perdana Menteri yang terdahulu. Beliau tak lebih dari hanya seorang isteri Perdana Menteri Malaysia sahaja sepertimana Tun Sharifah Rodiah, Tun Rahah, Tun Suhaila, Tun Dr. Hasmah dan Tun Jane. Tak malu ke muka beliau berkelakuan seperti Perdana Menteri Ke-2?
Menggelarkan diri beliau sebagai 'Wanita Pertama' tanpa menghiraukan gelaran itu khusus untuk permaisuri DYMM SPB Yang Dipertuan Agung dan isteri Presiden sesebuah negara. Dengan bangganya beliau mendabik dada, 'akulah Wanita Pertama'. Cuba tanya diri sendiri, apa perasaan Permaisuri Agung bilamana Rosmah mencabut gelaran itu dari baginda. Mujurlah baginda orang yang berhemah tinggi dan mempunyai sifat yang terpuji. Baginda langsung tak ambil hirau berkaitan perkara tersebut.
Sedarlah Rais.........Lagi banyak kamu 'backing' Rosmah, semakin meluat orang dibuatnya...
No comments:
Post a Comment