Thursday, January 13, 2011

Najib Nak Berjumpa Dengan Warga Kampung Baru


PM temu warga Kampung Baru 5 Februari ini

12/01/2011 9:14pm

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat beberapa pengumuman penting kepada warga Kampung Baru berhubung pembangunan kawasan majoriti Melayu itu dalam satu perjumpaan pada 5 Februari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Najib kepada beliau dalam satu pertemuan pagi ini.
"Beliau begitu menghayati perkembangan di Kampung Baru, dan bercadang hendak turun dalam satu program di Masjid Jamek dan kemungkinan di tempat-tempat yang lain dan beliau akan umum beberapa perkara untuk Kampung Baru pada masa itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ulang tahun ke-111 Kampung Baru dan Pameran 3 Alam Kampung Baru, di sini hari ini.

Mengulas mengenai kekesalan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana gagal membangunkan Kampung Baru pada zaman pentadbirannya, beliau berkata, hasrat itu akan diteruskan sedaya upaya untuk menjayakan pembangunan kawasan berkenaan kali ini.
Bagaimanapun, Raja Nong Chik berkata, kejayaan pembangunan Kampung Baru akan turut bergantung kepada kesediaan pewaris dan pemilik tanah untuk bekerjasama. - Bernama

No comments:

Post a Comment