Tuesday, January 25, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah: Kenyataan Yang Maha Bangang dan Bengong

Kenyataan dari seorang pemimpin UMNGOK yang bangang.....


Pembangkang dicabar turunkan harga barang

25/01/2011 11:58am

LABIS 25 Jan — Pembangkang yang memainkan isu kenaikan harga barangan bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi agar harga barang di empat negeri itu turun,” katanya kepada pemberita selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil itu pada 30 Jan ini, melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.
Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. — Bernama

No comments:

Post a Comment