Friday, January 21, 2011

Rosmah Mansor Membantu Pakatan Rakyat

Rosmah Mansor isteri kepada Najib Razak memang terkenal dikalangan rakyat negara ini. Beliau telah mengangkat dirinya sebagai 'First Lady of Malaysia' atau FLOM. Beliau juga mempunyai pejabat serta kakitangan di Putrajaya. Jabatan yang diketuainya, dinamakan sebagai FLOM.

Beliau dilihat sering mengambilalih peranan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran. Beliau pernah menggantikan Perdana Menteri pada satu majlis di Brickfield. 'Permata' yang diwujudkannya berjaya mendapat peruntukan berjuta-juta ringgit dari Kerajaan Malaysia. Memang beliau sedang mencari permatanya yang telah lama hilang.


Baru-baru ini gerombolan yang diketuainya telah melawat ke negara-negara Asia Barat. Penginapannya sahaja memakan kos sebanyak RM 100,000.00 untuk satu malam sahaja.

Sikap dan kelakuannya yang terlalu 'over' amat baik untuk PR mengeploitasikannya. Malah ada bisik-bisik dari orang UMNO sendiri, bagaimana ada pemimpin-pemimpin mereka juga telah meluat yang amat sangat kepada Rosmah Mansor ini. Perasaan meluat ini terbawa-bawa sehingga ada yang berkata, Najib 'out of control' terhadap Rosmah Mansor ini.

Sesungguhnya dijadikan Allah Rosmah Mansor ini sebagai isteri Najib, mengundang banyak keuntungan kepada PR. Bilamana Abdullah Badawi digulingkan angkara KJ, maka nasib Najib juga akan berakhir angkara Rosmah Mansor ini. Biarkan Rosmah buat apa saja, kerana itu akan membawa PR dekat ke Putrajaya.

No comments:

Post a Comment