Thursday, January 6, 2011

12 Tahun Sembunyi Pembohongan

Semuanya berpunca dari Tan Sri Abdul Ghani Patail:

  1. Pembohongan Ijian DNA Anwar Ibrahim
  2. Pembohongan dalam kes "mata lebam' Anwar Ibrahim
  3. Penyelewengan dan maklumat palsu oleh Menteri Dalam negeri dan juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika memberi kenyataan dalam Parlimen.
Habis semua rakyat kena bohong angkara Gani Patail sebagaimana yang didedahkan oleh bekas pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam.

Beliau mengambil tarikh 5hb Januari untuk menulis surat terbuka kepada Peguam Cara negara bersempena dengan tarikh permulaan pembohongan awam yang berlaku angkara Gani Patail. Sila baca kat sini. untuk cerita asalnya

Satu pembohongan akan diikuti oleh sepuluh pembohongan yang lain bagi menutup pembohongan yang pertama. Ia akan merebak menjadikan ribuan pembohongan yang mana akhirnya tidak akan terkawal dan masyarakat akan kelam berada di dalam kesamaran hilang arah dan tak tahu mana yang betul mana yang salah.

Jika benar segala kenyataan Datuk Mat Zain Ibrahim, memang malang segenap individu manusia yang bergelar rakyat Malaysia. Kita telah dipermain-mainkan.

Lekalah lagi, jangan ambil perduli, dahlah tak peduli, marah pula kepada mereka yang bertegas bangn berjuang bermatian dituduh mengganggu keamanan.

Cuba tengok ayam daging yang dibela dalam sangkar berhawa dingin, sungguh aman mereka kan, hanya menunggu masa untuk disembelihkan menjadi lauk.

No comments:

Post a Comment