Thursday, January 27, 2011

Lumrah......UMNO Guna Premis Kerajaan Malaysia Untuk Kepentingan Parti

Pas persoal lokasi pertemuan BN 



MERLIMAU - Dewan Pemuda Pas Melaka mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) Melaka menggunakan Politeknik Merlimau di sini, bagi tujuan berpolitik. 

Ketuanya, Kamaruddin Sidik berkata, tindakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya BN di Dewan Platinum politeknik berkenaan baru-baru ini, boleh dilihat sebagai menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. 

Menurutnya, Mohd Ali sebagai Pengerusi BN negeri, perlu memberi penjelasan mengenai tindakan berkenaan. 

“Beliau kena perjelaskan kenapa sebuah politeknik digunakan bagi tujuan berpolitik. 

“Sekiranya ia boleh digunakan sebagai tempat berpolitik, maka Pas pun berhak diberi peluang yang sama (untuk menggunakannya)," katanya semalam. 



“Bagaimanapun Kamaruddin berkata, sekiranya ia tidak boleh digunakan (untuk berpolitik), maka jelas majlis yang diadakan itu sudah menyalahgunakan kemudahan disediakan. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas majlis pertemuan bersama jentera BN di politeknik berkenaan, baru-baru ini sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. 

Kerusi DUN berkenaan kini kosong berikutan kematian penyandangnya, Mohamad Hidhir Abu Hassan, minggu lalu.

No comments:

Post a Comment