Monday, January 24, 2011

Apa Agama Yang Kamu Anuti?

Persoalan pertama nak ditanyakan kepada Ghani Othman ni ialah,"Apa agama yang kamu anuti?"

Kalau dia mengaku yang dia beragama Islam, kita kena tanya dia balik," adakah kamu seorang yang beriman?", kalau dia jawab,"ye", kita sondol lagi, "Sebutkan rukun Iman yang pertama". Jika dia menjawab dengan lancar dan fasih, "Percaya kepada Allah", kita kasi angkat ibu jari kita letak kat hidung dia, seraya berkata,"good boy".


Kemudian suruh dia huraikan sikit apa yang dimaksudkan dengan percaya kepada Allah. Oleh sebab dia seorang Menteri Besar di Negeri Johor, maka dapatlah dia hurai dengan panjang lebarnya berkaitan percaya kepada Allah.

Kita kata,"baiklah". Kemudian kita minta pula pandangannya,"kalau sekiranya kita masih mempertikaikan hukum Allah, adakah bermakna kita masih percayakan Dia?". Dan kita mengagakkan jawapannya ialah,"mana boleh kita mempertikaikan hukum Allah?, kalau kita mempertikaikan hukum Allah, lebih baik kita jangan jadi Islam."

Kali ini kita angkat ibu jari kita terus tenyehkan kat dahi dia yang mengerlip itu, dengan berkata,"sesungguhnya inilah manusia yang sangat-sangat beriman dengan rukun iman yang pertama".

Bagitahu dia, "saya nak tanya soalan terakhir ni, Ghani, ngantuk dah nak melayan kamu ni", tentu saja dia dengan megahnya berkata, "wokay".

Kita pun tanya,"Yang kamu mempertikaikan dan mempersendakan hukum potong tangan tu, sedangkan hukuman itu adalah dari perintah Allah, bolehkah lagi kamu ini layak untuk beriman dengan rukun iman yang pertama tadi?". Dia mungkin cuba nak menjawab. Kita potong terus," Orang yang tak percayakan hukum Allah sama juga tak percaya adanya Allah, oleh itu kamu nilaikanlah diri kamu ini, agama apa yang sesuai untuk kamu, pilih lah".

    

Selepas itu kita tinggalkan dia bersama-sama dengan sahabat dunia akhirat dia, iaitu, Chua Soi Lek dan Tan Lian Hoe. Semoga ia berbahgia bersama mereka itu.

No comments:

Post a Comment